Friday, May 27, 2011

confirm, unknown, unstatus...?

situasi yang berlaku time reunion bersama kawan2 sekolah lama atau kawan2 masa belajar kat U, Kolej, etc....

"Eh, ko dengan sape sekarang ni?"
situasi di atas berlaku bila tengok member kita tu datang sorang jer. sama ada nanti mesti dia tersenyum sipu malu (dah ada pasangan), atau tunjuk muka kecewa / hampa (nak bagi sign dia dah putus cinta)...., atau muka excited xsabar nak cerita (mata mula jadi besar, mulut ringan nak bercerita)..hehe!...

"ehem2..(nada stating nak sindir sebab bawa awek/ bf)"
masa tu mesti korang rasa segan, malu, bangga, atau sebaliknya...haha...dah terang2 nak bawak awek/ bf ke majlis reunion sebab nak tayang, tapi malu pulak..ad jugak minah / mamat yg camni kan..haha...tambah pulak bila awek / bf yang korang bawak tuh macam tak reti nak expose diri. tak pun dia pakai pakaian yang kira tak sedap mata untuk dipandang..tak kurang jugak yang terlebih expose plak dah. pakai girlish2. blink2, heehehe...melebih dari orang yang nak reunion plak. tapi xper lar, apa2pun dia sebenarnya nak tunjuk penghargaan kat pasangan dia, nak pasanagn dia berbangga ada awek cam dia. (bagi laki2 lar yang bawak gf dia)..tapi, anda janganlah marah dia yer. -_+

situasi seterusnya bila korang nampak ex-gf atau ex-bf korang datang ngan pasangan mereka sendiri lar. korang pon masa tu bawak pasangan korang sendiri. masa tu mata bertentang mata..ah! terpanah syutt... mesti masa tu dalam hati korang cakap, '' alar, aku pun ada lar", xpon mesti korang cakap camni, "bahagia dah dia dengan laki/girl tu, nampak macam mesra sgt"... and bagi yang break off dgn pergaduhan yang teruk, pasti bila tengok ex korang tu rasa cam nyampah sangat kan. kalau taknak tunjuk nyampah pon, paling muka mem'punggung'kan dia jer lar. dengan alasan kat hati tak hingin nak tengok kot?...apa terjadi bila korang terputus dengan tanpa kata. kira digantung tak bertali jer. bila kena reunion macam ni, mesti bengang rasa. rasa mcm xnak g. tapi kena pergi jugak sebab invitation dari kwn2 lama kan. lagipun bukan senang nak jumpa ramai2 macam tu kan...masa tu mesti kena buat muka slumber jer. jangan cuba nak lari2 sgt. nanti nmpak sangat korang macam mengharap sangat lagi kat dia atau korang takut sangat. bwat dang sendiri jer.. lagi pun bukan korang yang mintak digantung cam tu kan. tapi, bagi yang menggantungkan pasangan korang tu, pandai2 sendiri lar korang nak buat apa..haha

then, next situation bila jumpa balik kawan lama korang tu yang dah semakin hensem. adoii~ meleleh rasa.. lagi2 bila tengok dia smart, bergaya..haha...lagi2 bila tengok dia datang sorang jer, tanpa teman. haha...chance ker tu?..atau perangkap?... atau masalah?...aku ckap chance sebab peluang untuk korang beramah mesra smula dengan dia. perangkap sebab dia sajer jer, alar, biasalah laki2 ngn pompuan sekarang ni. suka pasang lebih. certain jerlar. tak semua. aku tak ada alasan kukuh kenapa ada ramai sgt suka buat macam ni.. kawan aku kata dorang ni sajer sebenarnya nak test market. tapi kesian pada pemangsa. dah fall in love bagai suma, tiba2 dapat tawu dia ader gf/bf lain. masa tu nak cakap pun tak tahu kan. pandai2 jer lar sebab aku tak tahu kenapa ada certain orang ni suka pasang lebih. tak ada alasan kukuh. sebab tak buat survey lagi. nanti bila dah buat survey, aku post untuk share ngan korang okes. hehe...

tapi kan, dorang mesti ada alasan tersendiri buat mcam tu. mungkin selepas kapel ngn gf /bf sekarng ni, baru lah dorang dapat jumpa dengan orang yang tepat. yang boleh membahagaikan diri mereka. yang faham diri mereka. kita kena pikir positive jugak. jangan plak pergi cakap dorang ni tak hargai pasangan masaing2. mana tak hargai kan, dah tu macam tak dilayan atau dibuat macam tunggul, better cari lain yang boleh menggembirakan hati kita. sebabnya hidup kita ni mesti kena pandai bawak diri, bila kita gembira, hati pun senang..kan3..

okeylah, aku pun dah ngantuk ni...pagi lagi dah ngantuk. malam aku bukannya tidow awal pon walaupon dah balik cuti ni.hehe...okeyh, till we meet again.

No comments: