Sunday, November 21, 2010

semua untuk hari tu





ini untuk awak. saya tahu awak dah ada dia dalam senyap-senyap. sebab tu awak
dah tak hiraukan saya. saya dah tahu semuanya. sampai hati kan. cari saya masa
mahukan pertolongan je. mempergunakan saya sebab awak tahu saya sayangkan
awak. tapi ini yang awak balas kan. tak apa, saya tak berharap kat awak lagi.
jangan risau. saya tak ganggu awak lagi. lepas ni awak tak payahlah risau. saya akan
cuba buanga wak jauh-jauh dari hidup saya. yang cuma agak terkilan kenapa awak permainkan saya. hari tu saya nampak dalam profile picture facebook awak, awak
letak gambar awak dengan dia kan. masa tu hanya Allah sahaja yang tahu macamna
kecewanya hati saya. rasa retak sangat. saya dah baca semua komen-komen kat situ. walaupun tak sanggup tapi saya kuatkan semangat sebab saya nak tahu perkara
sebenar. patutlah awak buat saya macam ni kan. bercinta dengan saya tapi dalam
masa sama jalinkan hubungan dengan orang lain. saya ada maruah. jangan permainkan maruah saya. lama awak senyap. biarkan saya tanpa kata putus. rupanya awak dah
ada dia. macam tak percaya kan. tapi tu lah kenyataannya kan yang saya nampak.
tak apa, saya serahkan semuanya pada Allah. saya selalu berdoa supaya lepas ni
saya dapat lupakan awak terus, jangan pernah ketemu awak lagi, terserempak atau sebagainya yang berkaitan awak. sebab awaklah saya dah susah nak percaya pada
cinta sekarang. bahagianya awak sekarang kan. dah bawa dia jumpa family awak
semua kan. ingatlah apa yang awak dah buat kat saya. saya tak kan lupa.


benda yang paling saya kesali dalam hidup ni adalah:
mengenali awak

sesuatu yang membuatkan saya paling banyak membuang masa :
membuat sesuatu untuk awak dengan harapan awak menghargainya tapi sebaliknya yang berlaku

apa yang saya rasa kalau diberi peluang untuk undo masa balik:
harap tak kenal awak dan tak jumpa awak

apa yang saya mahu katakan tentang awak :
awak pendusta, penipu, penakut, suka mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain.

tak apa, balasan tu adil. tak selamanya kita ada kat atas dan bahagia selalu kan. saya bukan pendendam, tapi saya agak terkilan. 4 tahun... siapa yang tak terasa kan...

terima kasih awak!