Thursday, May 19, 2011

dagingsaLai




bila saja datang cuti semester, saya boleh relax. tapi kali ni saya amat tak tahu kenapa saya tak boleh nak hanya berduduk diam. mak cik - mak cik serta pak cik - pak cik mesti tanya kerja mana. saya tak nak jawab. malas. hanya mak atau ayah yang ada berdekatan mereka dan saya pada masa tu akan jawab kan.

nenek?... oh..dia selalu kata saya kuat tidur. saya memang kuat tidur dan kuat makan. tapi waktu cuti sahaja sebab hantu saya tak ikut saya balik kampus. dah lama tak jumpa nenek. takut nak jumpa. saya sudah agak dia pasti sudah sediakan set soalan terbaru untuk saya. tunggu dijawab sahaja. agak-agak berjaya dijawab dengan sempurna atau tidak tak tahulah.
selalunya saya pass. tu pun dengan bantuan mak atau abah.





jadi, ini lah permainan yang saban saya permainkan. walaupun saya dah muak dengan burger, tapi game ini sangat mengasyikkan.


tapi, walaupun main berniaga burger, saya laparkan roti canai. saya malu nak mintak abah belikannya. nak cakap dengan mak, dia sibuk. nak makan di kedai, tak ada teman.




kuatnya selera makan saya. semalam balik menonton nurkasih the movie, saya lapar sikit saje. tapi malu nak cakap dengan kakak saya yang saya nak mkn kfc. -__- . sebab saya hanya berstatus penganggur sementara yang mempunyai pendapatan tidak tetap. income tu saya simpan sebab nak beli sesuatu yang W0W!!! saya idam-idamkan. tapi semalam hampa. kedai barangan tu dah tutup. abang stylo kat bp mall tu dah malas nak bukak agaknya sebab tak ada orang nak datang beli sangat kot. tapi tak apa, saya akan cari di Summit parade pulak. hehe!


No comments: