Friday, November 7, 2008

Apa dah jadi...

Harapan biar tinggal harapan;
sebab harapan itu harapan lama;
biarkan harapan kosong itu terbiar;
sebab kutahu itu hanyalah permainan;
biar ku bina harapan baru.

Impian itu biar kubaja sendiri;
walaupun kita pernah punya matlamat;
matlamat untuk membina impian yang sama;
ku tahu kau dah lupa;
tak mengapa teman;
ku fahami segalanya.

kau sahabat;
kau juga taman;
kini dan selamanya.

Katamu sering membuatkan ku bangun dari tidur;
katamu itu seakan semangat;
namun kini,
macam sudah tiada itu semua;
mungkin kau tak perasan;
mungkin juga kau perasan;
tapi yang penting, sekarang ku sudah sedar.

Terima kasih...
walau hanya kegembiraan itu menjenguk sekejap sahaja,
tapi aku faham...

No comments: